Hai and Assalamualaikum, today I want to share with you guys about hari terakhir appointment saya di HOSHAS. Untuk makluman semua, seperti yang saya dah bagitahu sebelum ni dekat entries yang ada label #mentalhealth, saya menghidap penyakit kemurungan, iaitu dysthymia (klik untuk info lebih lanjut), bipolar mood disorder type 2 in depressive mood and borderline personality disorder. Jadi, bagi sesiapa yang tak tahu pasal jenis - jenis kemurungan, saya akan buat entry pasal bipolar and borderline nanti. Buat masa sekarang, saya nak fokus dengan final dulu.
| Unit Kesihatan UiTM Jengka |
Tepat pukul 8 pagi, saya dah terpacak depan unit kesihatan, kitaorang kat sini panggil Medec. Nak tahu tak, Medec UiTM ada sediakan pengangkutan secara percuma untuk pesakit - pesakit dari UiTM ke hospital berdekatan. Caranya, korang bawak je buku temujanji pesakit dekat Medec. Then bagitau je medical assistant (MA) yang bertugas, nak buat permohonan pengangkutan ke hospital sekian sekian. Nanti MA akan isikan form sambil rujuk buku temujanji korang. Tapi permohonan ni hanya valid untuk seminggu sebelum tarikh appointment korang.
| Kaunter Medec |
Sementara tunggu driver datang, saya tunggu kat dalam Medec. Driver tu saya tak pasti dari Hal Ehwal Pelajar (HEP) or Hal Ehwal Akademik (HEA). Tapi borang yang kita isi itu, Medec mohon untuk tempah driver untuk ke hospital yang kita appointment. So, sebab tu kena tempah awal sebab takut takde driver atau takde yang nak hantar dan sepanjang kita tempah driver tu, MA sendiri kata, kita tempah dulu, kalau driver takde, kena pergi naik pengangkutan sendiri. Biasanya, saya dengan boyfriend drive naik kereta sewa kawan, around RM50++ (inclu. minyak)
| Nombor Giliran untuk mendaftar |
Around 8.45 pagi, saya sampai la kat HOSHAS tu. Dari Bandar Pusat Jengka ke HOSHAS lebih kurang 45 minit cemtu. Mula - mula kena pergi dekat kaunter macam biasa ambik nombor giliran. Tunggu giliran untuk daftar biasanya ambik masa around 10 - 15 minit. Bila dah sampai giliran tu, kena bagi kad IC and bayar RM5. Pastu akan dapat nombor giliran untuk jumpa dengan doktor.
| Nombor giliran untuk jumpa doktor |
Bila dah dapat nombor, kita bagi buku temujanji dengan nombor tadi dekat kaunter klinik pakar psikiatrik. MA dekat situ akan suruh kita timbang berat ambik blood pressure, pulse rate dan MA lain akan catat kat nombor tadi. Then pass balik kat MA kat kaunter. Lepas tu kena la tunggu sampai giliran kita around 15 - 20 minit jugakla.
| Ruang ke bilik appointment |
Sementara tunggu tu, saya baca nota yang saya bawak sebab lusa dah nak exam tapi diri sendiri masih tak sedar lagi. Rasanya kena penangan last paper syndrome haha. Tapi sebolehnya nak try aim subject tu dapat A sebab lecturer dah baik hati nak kasi carry marks yang tinggi. Saya dapat 36/40 kut. Untuk final exam, tinggal lagi 60%.
| Bilik Appointment Doktor |
Tiba giliran, saya masuklah dengan perasaan gemuruh sebab sejuk satu, sebab bila jumpa doktor je saya rasa macam kena serious. Tak boleh main - main. So nervous la kan?? lol Doktor tanyalah macam mana perkembangan saya, macam mana effect ubat dekat saya. Saya bagitau semua benda, pesanan untuk semua, jangan pernah sesekali menipu or tak bagitau perkara sebenar sebab doktor nak nilai diri kita dengan ubat yang doktor bagi. Pastu saya minta doktor buatkan surat rujukan untuk pindah hospital ke Putrajaya memandangkan ini appointment terakhir dekat HOSHAS. Lupa saya nak bagitau, saya nak tukar Hospital bukan sebab HOSHAS ni tak best, cumanya saya dah habis diploma dekat UiTM Jengka. So, saya kena dapatkan rawatan di Hospital yang berdekatan dengan rumah iaitu Hospital Putrajaya.
| Nombor Giliran nak ambik ubat |
Sementara tunggu tu, saya main je phone haha sebab ramai sangat orang, saya jadi gemuruh sebab saya sorang - sorang je. Memang macam - macam ragam ada. Kalau dulu boyfriend teman, bolehla borak - borak ke apa. Tapi gentle, hospital memang sejuk nak mati. Haha hari terakhir appointment baru nak reti pakai sweater bila datang. Selama ni pakai tshirt nipis je. Ish ish.
| Ubat Seroquel XR 300 mg |
Doktor naikkan dose ubat saya dari 200mg ke 300mg sebab saya mengadu saya makin gemuruh sekarang berbanding dulu and susah nak tidur. Pastu doktor sarankan saya untuk makan dalam pukul 6 petang sebab even kat wad pon pesakit akan makan dalam waktu tu. Cuba korang tengok harga ubat tu. It's freaking RM 402 / 30 biji. Sumpah mahal nak mampos! Saya berterima kasih gila - gila dekat kerajaan sebab banyak spend duit dekat perubatan apa semua. Like kita bayar RM 5 je setiap kali appointment and kita dapat ubat harga beratus. Kalau beli sendiri memang tak mampu la. Itulah, kita semua kena banyak belajar bersyukur bila dah ada kemudahan macam ni.
| HOSHAS |
Terima kasih saya ucapkan kepada staff - staff HOSHAS yang banyak berjasa kepada orang ramai. Daripada saya masuk wad orthopedik dulu sebab patah tangan sampai la saya pergi ke bahagian psikiatrik. Semuanya selesa dan layanan doktor, MA dan staff lain pon mesra. Cuma tandas haha biasalah orang ramai guna jadi takdela selesa sangat. Saya sarankan korang yang nak pergi ke HOSHAS, gunalah tandas depan jabatan X-ray. Sumpah bersih gila and wangi. Akhir kata, terima kasih kepada doktor kerana sudi berhempas pulas tenaga dan berbakti pada negara walaupon diri sendiri pon tak terjaga tapi sanggup jaga pesakit sendiri. Saya doakan semua terbaik dunia akhirat.

Waalaikumussalam. eh kenapa nak kena pindah hospital?
ReplyDeleteyg ubat tu. haha. jaga ubat tu elok2. makan elok2. harganya seperti emas. hahaha. jgn bagi hilang lak. >< sy doakan awak cepat sembuh. InshaAllah
hehe, lupa nak cakap dekat entry. thanks sebab tanya. kita dah tambah dekat entry juga tapi kita balas je kat sini. kita pindah sebab kita dah habis belajar dekat jengka, so nak dapatkan rawatan di hosp dekat rumah saya. perlukan surat rujukan baru boleh pindah. hehe setiap malam kena makan, insyallah saya cuba jaga elok2 and tak hilangkan hahahaha. thank you doakan saya. saya pon doakan awak dipermudahkan urusan dunia akhirat :D
ReplyDeletesedih lepas baca entri sis ni. please stay strong sis.. makan ubat on time tau. Always pray for you. take care, okay. ❤️
ReplyDeletehope you will be fine and get well soon ^^
ReplyDeletedear izzati,
ReplyDeletehaha kenapa awak rasa sedih pulak baca entry saya yang ni?? Saya pon rasa sebak sikitla sebab terpaksa stop ambik rawatan kat HOSHAS lagi dah. hehe insyallah kita cuba makan ubat on time. thanks for the prayer, take care jugak :D
dear anis,
thank you for caring about me. i'll try my best to get healthy hehe :D
Hai naisya, jaja dtg sini sbb nama awak lebih kurang dgn kwn jaja, nisha. hehe. but then baca entry awk ni, hebat lah awak ni. tak semua org ad penyakit ni willing nk jumpa dr and appointment semua tw. moga cepat sembuh :)
ReplyDeletedear cik jaja,
ReplyDeletethank you sudi singgah baca entry saya ni. hehe kirim salam dekat kawan awak nisha tu eh? saya takla hebat macam orang lain sebab dorang lagi sakit lebih dari saya. nanti kita cuba buat entry pasal mental health lagi sebab nak kasi orang lain sedar and faham, mental health ni satu benda yang penting sangat. saya terharu bila entry saya boleh buka mata semua orang walaupon sikit. insyallah saya akan cuba sembuh :D
tak tahu nak kata tuah atau kebetulan cuma. i'm actually still working hard on gathering my courage to get professional's help. i don't know what it is yet but apa yang saya pasti something bad has been growing inside me for years. to you, all the best! =)
ReplyDeletemoga cepat sembuh ye
ReplyDeleteoh beza dengan uitm shah alam. kiteorg takde disediakan transport nak pergi hospital but kiteirg boleh claim medical cost kat PK (pusat kesihatan) but whatever is it getweel soon <3
ReplyDeleteDear ELFarahin,
ReplyDeleteI hope my entry will give you the courage to seek help from professional even a little. I want you to know that I'll support you if you need anything. What's growing inside you makes you stronger tho. Just let me know what do you need, I'll help and give you anything I could. Okay?
Dear Siti Awadah,
Thank you for the prayer. I'll try my best to stay healthy and heal faster.
Dear ztra.znddn,
Thank you for visiting my blog and thanks for the info. Saya ambik degree nanti kat UiTM Shah Alam and this helps me to be ready in case if I need to go to the hospital. Thanks for the prayer :D