Showing posts with label #MyLife. Show all posts
Showing posts with label #MyLife. Show all posts

August 28, 2020

Air Terjun Sg. Lopoh

Entrance before hiking

Assalamualaikum, so hari ni saya nak bercerita tentang trip hiking saya beberapa hari yang lepas dengan kawan - kawan uitm jengka. Ni memang plan last minute punya cerita, rancang malam, esok gerak. Yang bestnya, dapat kawan baru jugak. Ni, mungkin my first entry for 2020, harapnya you guys can enjoy about this entry, I'll keep posting every significant memories. So, gambar kat atas, tempat masuk before hiking. So bila nampak ni, dah boleh siap - siap parking and tukar baju mandi.

So, perjalanan mula, member dari Shah Alam datang pickup saya dekat KTM Serdang, and then we go to Hulu Langat dalam pukul 8.30 cemtu. Perjalanan ambik masa dalam 1 jam cemtu then we waited for our other friends yang naik kereta lain. Kat situ dah ambik masa sikitla. Setelah sampai sana, korang akan nampak ada anak sungai jugak. Kat situ ada pondok - pondok untuk lepak semua. Before hiking, kitaorang dah siap - siap pakai pakaian nak mandi. Kat situ tandas ada 2 jenis, untuk buang air kecil and besar. Sebabkan kawasan hutan kan, so tandas takdela berapa bersih.

So, tempat tukar baju, dengan tempat air kecil, dia sekali, sebab jenis jirus je kat situ, ada 2 bilik air je, jadi menunggu lama kalau time datang banyak gila orang. Kalau boleh, datang sana, dah siap pakai pakaian nak mandi. Also pakai kasut sukan. Sebab kita pergi hiking, then baru jumpa waterfall. Also, kalau nak datang time weekend, kena datang lepas subuh sebab akan ramai orang dan pukul 9 pagi, dia dah tutup orang untuk masuk. Kalau datang weekdays, boleh je datang lewat, cuma kalau lambat, takut hujan, jadi track akan basah dan lebih bahaya.

Masa perjalanan berhiking kitaorang ambik masa 2 jam untuk sampai ke kawasan air terjun. Maklumla, kami bukannya fit sangat, jadi memang ambik masa. Track sepanjang ke atas, ada pelbagai jenis. Jadi before nak naik, kena sediakan diri, mental dan fizikal. Sebab perjalanan untuk naik ke atas dalam 5km jauhnya dan kena lalui pelbagai jenis track.

First type of track, akan lalu anak sungai kecil, jadi okayla nak tengok permandangan dan suasana kampung. Time ni memang dalam kawasan yang ada rumah, jadi dia macam kita berjalan - jalan area kampung untuk pergi ke kawasan dusun. Tapi memang ada beberapa dusun kat area tu.

Second type of track, kat situ macam tanah merah, and kalau datang awal pagi, keadaan tanah tu mungkin lembap jadi boleh kemungkinan kotorkan kasut korang, jadi pakailah kasut yang dah lama -lama ke. Pastu dekat area situ, jangan terkejut kalau nampak orang naik motor lalu kawasan track offroad. Haha, first time member bagitau, memang tak percaya, tapi bila dah nampak macam wow sikit.

Third type of track, kat situ kena panjat - panjat sebab dah start mendaki, time tu memang susah sikit sebab korang kena naik, ikut akar - akar kayu. Time ni, siapa yang lutut problem, make sure pakai knee guard or anything yang boleh support sebab agak mencabar untuk sesiapa yang kurang fit. Ada satu kawasan yang korang kena berpaut dengan tali sebab kawasan situ sangat curam dan agak berbahaya kalau tanah situ basah. Jadi sila berhati - hati di kawasan track macam ni.

Forth type of track, kat situ akan ada just jalan yang mendatar tapi agak lama jugak untuk kita berjalan. Sepanjang nak ke air terjun, jalan dia memang just nice, cuma ada beberapa jalan yang kena mendaki. Dekat sini, macam relax sikit untuk hiking sebab memang jalan straight and mendatar.

Puncak destinasi air terjun

📍: Air Terjun Sg. Lopoh, Hulu Langat
⏰: Weekday (6:45pagi - 11pagi), Weekend (6.45pagi -9pagi)
💲: RM 5 (parking/car) + RM 1 (seorang)
👣: 5km dari entrance
💬: Pakai sportshoes and baju mandi siap, bawak 2-3 botol air mineral besar untuk standby sebab track sangat mencabar for beginners, tak payah bawak baju untuk tukar lepas mandi, sebab turun hiking, baju akan kering.

Bahagian tingkat atas, kena panjat ikut batu - batu.

Dekat sini, ada lagi tingkat atas air terjun, tapi kami sekawan tak nak ambik risiko untuk naik sampai atas tanpa orang petunjuk. Cumanya, dekat batu - batu area air terjun tu, boleh panjat, siapa yang berani nak main gelongsor, boleh je main. Tapi risiko takut jatuh atas batu and boleh patah tulang. 

Air kat sini sangat bersih dan sejuk even dah tengahari, and kawasan mandi, tak begitu dalam, cuma paras bahu sahaja untuk perempuan. Tapi untuk bawak kanak - kanak, tidak digalakkan sebab arus sangat deras dan kawasan cetek untuk budak, sangat kurang, kecuali kalau pergi mandi dekat anak sungai area entrance.

Untuk sesiapa yang belum pernah pergi, ada anjing hutan yang akan ada untuk tunjukkan jalan sampai ke atas puncak, jadi jangan rasa takut sebab anjing tu sangat jinak. Tapi ada anjing yang liar juga, cuma dorang takde gigit or datang dekat dengan pelancong yang datang.

Area air terjun secara wide lens

Kawasan air terjun ni, sangat kecil untuk orang ramai, jadi kurangkan bawak barang yang berharga sebab kawasan batu - batu untuk letak barang pon tak begitu banyak jadi kena ada orang yang jaga sebab time weekend sangat ramai orang.

Jadi, untuk ini saja, entry pasal hiking di Air Terjun Sungai Lopoh, kalau ada persoalan tentang ke trip hiking ni, boleh komen dekat bawah dan saya akan cuba jawab persoalan. Semoga entry ni memberi manfaat kepada sesiapa yang berhajat nak pergi hiking dekat kawasan ni. So, selamat berhiking dan hati - hati semasa berhiking. Goodluck 😋😉💞

July 18, 2019

Duriang Smoothie Tealive

Gambar Google
Hai and Assalamualaikum, so today, I would like to share with you guys about a smoothie tealive that me and my brother bought after habis kerja. As always after shift, mesti pergi somewhere like getting sundae cone at McD or Tealive. 

As we know, sekarang kat musim durian. Semua orang akan tergila - gil something with Durian, tak kisahlah aiskrim ke, abc ke, cendol ke. Anything with durian, everyone is gonna try and love it. Macam saya, saya kurang gemar sikit durian sebab tak boleh makan, nanti perut masuk angin and muntah - muntah. But tadi my brother yang durian lover nak jugak rasa air durian Tealive ni so dia beli.

Promotion durian ni ada tiga je jenis air yang ada di Tealive. All of it are only RM10.90 
(excluded tax)
1. Duriang Coco
2. Duriang Milk Tea
3. Duriang Smoothie

This beverage is only available in Regular size and sadly not every Tealive branches ada air durian.

Participating outlets:

KEDAH
Amanjaya, Tesco Mergong, Shell Kulim, Kulim Central, Aman Sentral 2 (LG), Langkawi

KELANTAN
G Orange, AEON Delica Kota Bharu

PENANG
Sunway Carnival, Maju Utama, Penang Sentral , AEON Alma Bukit Mertajam

PERAK
Shell Tapah, Teluk Intan, AEON Sri Manjung

MELAKA
Malim Jaya

NEGERI SEMBILAN
Palm Mall, AEON Seremban 2, Bandar Baru Nilai, Shell Port Dickson

JOHOR
Bukit Indah, Kluang Mall, Muar, Segamat, AEON Dato Onn, AEON Kulaijaya, AEON Permas Jaya

SELANGOR
Sunway Pyramid 1 (1st Floor), Sunway Pyramid 2 (Oasis Blvd), Taylor's University, AEON BiG, Subang, Empire Subang, Taipan USJ, SS2, Damansara Uptown, 3 Damansara, 1 Utama Shopping Centre, Atria Mall, Aman Suria, Paradigm Mall, The Curve, Empire Damansara, AEON Bukit Tinggi, Kota Kemuning, GM Klang, Centro Klang, Tesco Klang, Shell Klang, Klang Parade, Setia City Mall, Citta Mall, Kajang, Tesco Bukit Puchong, Tesco Extra Puchong, Bandar Puteri Puchong, Besraya Serdang, Sri Gombak, Plaza Alam Sentral, Caltex Sri Damansara, IOI City Mall, AEON Shah Alam, Shell Pandan Mewah, Shell Kota Damansara, Shell Damansara Damai, Shell Bangi, AEON Rawang, AEON Cheras Selatan, AEON Bukit Raja, Mitsui Outlet Park, Giant Shah Alam, Eco Ardence, Bandar Sg Long, Sg Long, Sunway Giza, Subang Skypark, NSK Kota Damansara, Setia Prima, Bandar Baru Sg Buloh, Selayang Mall, Metropoint Complex, Kajang

KUALA LUMPUR
The Gardens Mall, Pavilion Mall, Pavilion Elite, Publika, Viva Home, Sri Petaling
, Kenanga Wholesale City, Cheras Leisure Mall, Lot 10, The Waterfront Desa Park City, Kepong, Tesco Kepong, Setapak Central, LRT Wangsa Maju, Kuchai Lama, Pandan Indah, Jalan Ipoh, Bukit Jalil, Mahkota Cheras, Sogo, Alamanda Putrajaya, Avenue K, Avenue K Food Junction, Bangsar South, NU Sentral 1 (L5), NU Sentral 2 (CC), Sunway Putra 1 (L3), Shell Bukit Cheras, Shell Taman Connaught, Tesco Extra Cheras, Jakel Mall, Mytown Shopping Centre, Pertama Complex, AEON MaxValu @ The Sphere, Tesco Extra Ampang, Pudu Plaza, PV128, Setapak, Wangsa Walk

Touch 'n Go eWallet - 50% promotion:

Applicable to participating outlets EXCEPT for MaxValu, Aeon Delica food courts and MAPS.


Duriang Smoothie Tealive

🥛: Rasa durian pure, lemak manis
💸: RM 10++
💖: 9/10
💬: Alamanda Putrajaya


Comment:
To me, this smoothie tastes super delicious as saya yang penggemar durian yang rasa manis je. It is a great combo with pearls. Presentation tak best sangat sebab dia nampak macam pale susu cemtu je like gambar dekat atas. Bau dia takdela kuat mana, like durian + susu, so takdela bau tu melekat dalam kereta kalau minum. Esok kita update, melekat ke tak dalam kereta. Just saying, this taste of durian is very bapak different with the taste of durian at Aiskrim McD. It takes jauh lagi sedap dari aiskrim durian McD. Air ni sedap but tak boleh minum banyak sekali gus, it will rasa muak, but not that creamy yang memuakkan sangat. Just so so je.

Selamat mencuba!

July 17, 2019

Cara Membuat Pudding Caramel Yang Lembut dan Smooth


Hai and Assalamualaikum, hari ni saya nak share with you guys about how to make pudding caramel yang sangat sangat sangat lembut and affordable to make it. Like you guys can make it in less than 1 1/2 hours. Tak lama mana pon.

Saya dah banyak kali buat pudding caramel and semuanya tak mengikut cita rasa tekak my family since dorang suka yang texture lembut and smooth je rasa macam makan dadih tu. So lepas dah try try banyak kali, turn out resepi ni yang menjadi. Senang je nak buat dia tapi yang penting korang kena ada pengukus and bahan - bahan yang saya akan list out dekat bawah.

Bahan - bahan yang diperlukan

Pengukus Dapur
Garfu
Penapis santan
Loyang besar

5 - 6 biji telur saiz biasa
1 tin susu cair
3/4 tin susu pekat 
(if nak kurang manis, boleh letak1/2 tin susu pekat je)
1 tin air
1 sudu esen vanilla

1/2 cawan gula
1 1/2 cawan air

Cara - cara membuatnya

1. Pecahkan telur dalam satu besen or mangkuk.
2. Masukkan susu cair, susu pekat and air dalam bekas yang sama.
3. Jangan lupa letak sikit esen vanilla nak kasi rasa wangi sikit.
4. Kacau semua bahan tadi dengan garfu perlahan - lahan kasi rata semua je.
Make sure takde bubbles.

Dalam masa yang sama, korang boleh buat caramel gulanya.

5. Letak gula and air dalam loyang and masak sampai warna keperangan.
6. Nak kacau caramel kita hanya perlu goyangkan loyang tu macam pusing - pusing bulatan
and ratakan tanpa menggunakan sudu.
7. Biarkan caramel kita sejuk loyang.
8. Masukkan bahan basah kita yang atas tadi.
9. Ambik penapis santan and tuang bahan kita ke dalam loyang melalui penapis.
(Ini sebab kita nak kasi pudding kita smooth and lembut)
10. Settle tuang, masukkan dalam pengukus and kukus pudding kita selama 50 minit
dengan api yang sederhana perlahan.
Tengok pudding caramel takde bubbles pon
p/s saya sarankan korang buat pudding ni dalam bekas dadih or bekas taufu fa sebabnya pudding ni sangat lembut macam dadih. So kalau buat dalam loyang, dia akan mudah hancur bila kita potong. Terserah atas korang nak buat pilihan macam mana. Cumanya kita kena buat air gula caramel bila letak dalam bekas plastik.
Gambar Google
Cara - cara membuat air caramel

1. Masukkan 3 cawan air dan 1 cawan gula.
2. Masak sehingga keperangan.
3. Tuang air caramel kita ke dalam bekas dadih.
4. Tuangkan bahan basah ke dalam bekas.
5. Kukus bekas dadih dalam pengukus selama 10 minit.

Okay, itu je daripada saya. Selamat mencuba!
p/s kita dah try makan caramel yang kita dah buat malam tadi dan semalaman letak dalam peti and turns out memang sedap gila!!! bila dia sejuk takde pon senang pecah. elok je potong cantik - cantik. hehe suka sangat. mama pon puji. try tau buat!

July 15, 2019

Skincare Routine


Hai and Assalamualaikum, today I would love to share with you guys about my skincare routine. Some of the products have been using for a few months, some just started using it. So, saya akan share the morning skincare routine, night skincare routine and weekly skincare routine. Basically, all of my skincare routines are simple and it is like beginner skincare basic routine. Every routines tu dah ikut steps. Follow je nombor tu okay?

Morning Skincare Routine


I don't really like spending so much time on things because I'm super lazy. It takes about 10 minutes including simple makeup to class. Don't forget to let it fully absorbed every time putting the products on your face. Baru la skincare korang berkesan.

1. Cleanser - Cosrx Low pH Good Morning Gel Cleanser (RM 30++)
Hada Labo Hydra & Whitening Face Wash (RM 18++)

Saya sekarang ni pakai HL Cleanser and baru 2 weeks dah ada perubahan kat muka. Sebelum ni pakai Cosrx tu, dah package yang kedua. Both of the cleansers are low pH cleansers. I do have sensitive skin so it's a must for me to use mild and low pH cleanser. Saya amalkan 60 seconds basuh muka. Contohnya, setiap bahagian di muka tu, saya cuci and urut secara bulatan selama 10 seconds. Then buat lagi pada semua bahagian muka sampai 60 seconds.

2. Toner - 
Hada Labo 
Premium Hydrating Lotion (RM 55++)

Before this hydrating lotion, I used HL Hydrating Lotion Rich (warna merah), tapi saya rasa macam tak cukup kalau pakai 1 layer, so pakai 2 layer merah. Now beli terus yang premium punya, lagi best. Memang hydrate betul kat muka. Saya letak dekat tapak tangan and pat di muka lepas cuci muka.

3. Moisturizer - CeraVe Moisturizing Cream (RM 21++)

This moisturizer is so cool and creamy but it works so well on my face even I have to put this on a lot on my face. It's suitable for sensitive skin also.

4. Sunscreen Sunplay Skin Aqua Uv Moisturizing Gel (RM 38++)

I have been using this for so long, it takes months to empty the bottle. It's so freaking worth it.

5. Powder - Maybelline Clear Smooth All In One 05 Sand Beige (RM 18++)

Night Skincare Routine


Malam pon sama, malas nak pakai banyak - banyak hehe.

1. Micellar Water - Garnier Micellar Cleansing Water for Sensitive Skin (RM 35++)

2. Cleanser - Cosrx Low pH Good Morning Gel Cleanser 
Hada Labo Hydra & Whitening Face Wash

3. Toner - 
Hada Labo 
Premium Hydrating Lotion

4. Moisturizer - CeraVe Moisturizing Cream

Weekly Skincare Routine



1. Chemical Exfoliator - Pixi Glow Tonic (RM 59++)

I use this exfoliator for twice a week. Memang best and hilang semua kotor - kotor kat muka. Lepas pakai ni kena hydrate muka banyak - banyak. Kalau tak, akan merah - merah kat muka or feel the burning kat muka you guys, but so far tak kena lagi la.

2. Toner - Tony Moly Dear Me Waterful Skin (RM 40++)

This toner is just fine for me, takde effect wow sangat.

3. Sheet Mask - Nature Republic Sheet Masks

4. Moisturizer - Tony Moly Dear Me Balancing Skin (RM 40++)

Same goes to this moisturizer, just okay okay je.

Disclaimer: This is not a paid or sponsored review. I bought all of the products using my own money. What works for me, might not work for you okay?

Thank you for reading! Comment down below to ask anything.

Hogoh De Coco


Hai and Assalamualaikum. Hari ni saya nak share dengan korang tentang satu coconut shake yang terkenal di Temerloh iaitu Hogoh De Coco. Buat orang pahang, jenama ni dah selalu dorang dengar yang terkenal dengan coconut shake. So, saya nak review a few drinks from the menu.

On 12th July, my dad ambik kami (me and my roommate) dekat Uitm Jengka since we both dah tamat diploma. We both tak sarapan lagi at that time. It takes around 30 minutes to get out of Jengka from Bandar Pusat. Nak ke Temerloh akan ada jalan shortcut which jalan kampung yang ambik dalam 15 minutes to be at the city. Before nak masuk ke Daerah Temerloh, I was talking to my dad about this coconut shake. Nak dipendekkan cerita, he agreed to take us to Hogoh De Coco.

From the Google
My roommate and I were so excited la for it. Dekat Hogoh De Coco ni ada buat drive-thru. You can either lepak at its stall or orders kat drive-thru. It did not take much time, around 10 - 15 mins dapat la your orders for the drive-thru. The stall looks nice and macam kedai - kedai hipster gitu. So bolehla, sesiapa pergi minum situ tangkap gambar lawa - lawa.

Cumanya, nak comment yang Hogoh De Coco should let their crews use payung during taking orders dari customers. At that time around pukul 2 pm, we ordered 3 coconut shakes and kesian at the crew yang take orders from car to car without payung. Panas tu oi berdiri bawah matahari. Sayang kulit tu, lagi - lagi kalau tak pakai sunscreen. Sayangilah kulit anda!

Yang best seller dekat situ kata akak pekerja tu, Original Coconut Shake, Caramel Coffee Coconut Shake and Durian Coconut Shake. So me and my father, try the original one and caramel coffee. My roommate asked for Oreo Coconut Shake. For your information, dekat Hogoh ni ada 3 type of cups dengan harga yang berbeza. Small (RM 5), Regular (RM 6) and Large (RM 7).

Original Coconut Shake

🥛: Vanilla, Coconut cemtu
💸: RM 6 (regular)
💖: 7/10

Comment: 
Bagi saya, flavour original ni sesuai untuk those yang tak berapa suka manis or berlemak sangat kalau nak dibandingkan dengan lain - lain flavour yang ada dalam menu Hogoh. The presentation lawa sangat, cup hogoh de coco sendiri and di letak topping kacang tanah hancur atas aiskrim vanilla.

Caramel Coffee Coconut Shake


🥛: Caramel, Coconut, Coffee
💸: RM 5 (small)
💖: 10/10

Comment:
This taste sooooooooooooo good! Dia rasa a bit extra sweet because of the caramel but sumpah sedap gila nak mati. Like frappe caramel latte Starbucks but version murah. The coffee tastes mild je tak overpower the taste of caramel and coconut. I was expecting the coffee tu rasa naik tapi tak. Tapi overall sedapla. The presentation looks yummy!

Oreo Coconut Shake

🥛: Oreo, Nestum, Coconut 
💸: RM 6 (regular)
💖: 8/10

Comment: 
This flavour is so tasty. It is like drinking oreo milkshake biasa tapi letak nestum lol. Manis dia biasa - biasa saja kalau nak dicomparekan dengan caramel. The oreo tak banyak and pekat kasi the shake warna gelap. Presentation ok ok je. Cumanya, kalau minta extra oreo lagi sedap kut.

Okay, that's all from me. I'd love to suggest you guys other flavours such as blueberry coconut shake (this looks extra yummy than other coconut shakes),  durian flavour one and chocolate chips. Whenever I come to Pahang, I'll try to find any branches of Hogoh De Coco and try other flavours to review. To be clear, all of those above are not sponsored.

July 9, 2019

Hari Terakhir


Hai and Assalamualaikum, today I want to share with you guys about hari terakhir appointment saya di HOSHAS. Untuk makluman semua, seperti yang saya dah bagitahu sebelum ni dekat entries yang ada label #mentalhealth, saya menghidap penyakit kemurungan, iaitu dysthymia (klik untuk info lebih lanjut), bipolar mood disorder type 2 in depressive mood and borderline personality disorder. Jadi, bagi sesiapa yang tak tahu pasal jenis - jenis kemurungan, saya akan buat entry pasal bipolar and borderline nanti. Buat masa sekarang, saya nak fokus dengan final dulu.

Unit Kesihatan UiTM Jengka
Tepat pukul 8 pagi, saya dah terpacak depan unit kesihatan, kitaorang kat sini panggil Medec. Nak tahu tak, Medec UiTM ada sediakan pengangkutan secara percuma untuk pesakit - pesakit dari UiTM ke hospital berdekatan. Caranya, korang bawak je buku temujanji pesakit dekat Medec. Then bagitau je medical assistant (MA) yang bertugas, nak buat permohonan pengangkutan ke hospital sekian sekian. Nanti MA akan isikan form sambil rujuk buku temujanji korang. Tapi permohonan ni hanya valid untuk seminggu sebelum tarikh appointment korang.

Kaunter Medec
Sementara  tunggu driver datang, saya tunggu kat dalam Medec. Driver tu saya tak pasti dari Hal Ehwal Pelajar (HEP) or Hal Ehwal Akademik (HEA). Tapi borang yang kita isi itu, Medec mohon untuk tempah driver untuk ke hospital yang kita appointment. So,  sebab tu kena tempah awal sebab takut takde driver atau takde yang nak hantar dan sepanjang kita tempah driver tu, MA sendiri kata, kita tempah dulu, kalau driver takde, kena pergi naik pengangkutan sendiri. Biasanya, saya dengan boyfriend drive naik kereta sewa kawan, around RM50++ (inclu. minyak)

Nombor Giliran untuk mendaftar
Around 8.45 pagi, saya sampai la kat HOSHAS tu. Dari Bandar Pusat Jengka ke HOSHAS lebih kurang 45 minit cemtu. Mula - mula kena pergi dekat kaunter macam biasa ambik nombor giliran. Tunggu giliran untuk daftar biasanya ambik masa around 10 - 15 minit. Bila dah sampai giliran tu, kena bagi kad IC and bayar RM5. Pastu akan dapat nombor giliran untuk jumpa dengan doktor.

Nombor giliran untuk jumpa doktor
Bila dah dapat nombor, kita bagi buku temujanji dengan nombor tadi dekat kaunter klinik pakar psikiatrik. MA dekat situ akan suruh kita timbang berat ambik blood pressure, pulse rate dan MA lain akan catat kat nombor tadi. Then pass balik kat MA kat kaunter. Lepas tu kena la tunggu sampai giliran kita around 15 - 20 minit jugakla.

Ruang ke bilik appointment
Sementara tunggu tu, saya baca nota yang saya bawak sebab lusa dah nak exam tapi diri sendiri masih tak sedar lagi. Rasanya kena penangan last paper syndrome haha. Tapi sebolehnya nak try aim subject tu dapat A sebab lecturer dah baik hati nak kasi carry marks yang tinggi. Saya dapat 36/40 kut. Untuk final exam, tinggal lagi 60%.

Bilik Appointment Doktor
Tiba giliran, saya masuklah dengan perasaan gemuruh sebab sejuk satu, sebab bila jumpa doktor je saya rasa macam kena serious. Tak boleh main - main. So nervous la kan?? lol Doktor tanyalah macam mana perkembangan saya, macam mana effect ubat dekat saya. Saya bagitau semua benda, pesanan untuk semua, jangan pernah sesekali menipu or tak bagitau perkara sebenar sebab doktor nak nilai diri kita dengan ubat yang doktor bagi. Pastu saya minta doktor buatkan surat rujukan untuk pindah hospital ke Putrajaya memandangkan ini appointment terakhir dekat HOSHAS. Lupa saya nak bagitau, saya nak tukar Hospital bukan sebab HOSHAS ni tak best, cumanya saya dah habis diploma dekat UiTM Jengka. So, saya kena dapatkan rawatan di Hospital yang berdekatan dengan rumah iaitu Hospital Putrajaya. 

Nombor Giliran nak ambik ubat
Sementara tunggu tu, saya main je phone haha sebab ramai sangat orang, saya jadi gemuruh sebab saya sorang - sorang je. Memang macam - macam ragam ada. Kalau dulu boyfriend teman, bolehla borak - borak ke apa. Tapi gentle, hospital memang sejuk nak mati. Haha hari terakhir appointment baru nak reti pakai sweater bila datang. Selama ni pakai tshirt nipis je. Ish ish.

Ubat Seroquel XR 300 mg
Doktor naikkan dose ubat saya dari 200mg ke 300mg sebab saya mengadu saya makin gemuruh sekarang berbanding dulu and susah nak tidur. Pastu doktor sarankan saya untuk makan dalam pukul 6 petang sebab even kat wad pon pesakit akan makan dalam waktu tu. Cuba korang tengok harga ubat tu. It's freaking RM 402 / 30 biji. Sumpah mahal nak mampos! Saya berterima kasih gila - gila dekat kerajaan sebab banyak spend duit dekat perubatan apa semua. Like kita bayar RM 5 je setiap kali appointment and kita dapat ubat harga beratus. Kalau beli sendiri memang tak mampu la. Itulah, kita semua kena banyak belajar bersyukur bila dah ada kemudahan macam ni.

HOSHAS
Terima kasih saya ucapkan kepada staff - staff HOSHAS yang banyak berjasa kepada orang ramai. Daripada saya masuk wad orthopedik dulu sebab patah tangan sampai la saya pergi ke bahagian psikiatrik. Semuanya selesa dan layanan doktor, MA dan staff lain pon mesra. Cuma tandas haha biasalah orang ramai guna jadi takdela selesa sangat. Saya sarankan korang yang nak pergi ke HOSHAS, gunalah tandas depan jabatan X-ray. Sumpah bersih gila and wangi. Akhir kata, terima kasih kepada doktor kerana sudi berhempas pulas tenaga dan berbakti pada negara walaupon diri sendiri pon tak terjaga tapi sanggup jaga pesakit sendiri. Saya doakan semua terbaik dunia akhirat.

May 30, 2019

Well Done

p/s she is my top bias. So cute la 😍

Assalamualaikum guys, I am here to write about my day today, to be specific is what is the significant memories of today. Personally, I am the type of person who loves to buy things on shopee or anywhere I can buy. Hehe, I buy things that I think I need it. Makes sense tak? It is okay siapa je tak suka shopping? I am not into clothes or footwears, more like accessories cemtu. Tapi saya into saving money too. So it is like win-win situation.

A few weeks ago, I have received an allowance, my very last allowance hehe. I used to join suksis. I will write in details about it someday. Every month, we will receive some amount of money, like we work for a police association. Usually, I will buy for myself skincare products since I am very obsessed with it. I have like problems with my skin face, so I am feeling responsible to take care of it properly. After I have bought them all, I have some money that still is not used. So I decided to buy a Polaroid camera. Hehe, I was proud of myself because I saved up some money to buy it.

Actually, I want to tell you guys that I have saved up money in tabung yang besar and today saya berjaya pecahkan tabung tu and it is my first tabung of my life which I dah simpan since semester 3, currently tengah semester 6, last semester of my diploma. Pray for me that I will graduate on time eh? Hehe. Here is my tabung. Haha I am gonna miss it walaupon susah gila nak pecahkan.


Nampak tak struggle gila nak pecahkan? Bahaya gila sebenarnya nak bukak since it is metal moneybox. At that time, me and my brother nak cari baju raya dekat Bangi Sentral. On the way nak ke sana, saya struggle gila nak buka tabung ni, dari rumah lagi dah try, my brother also tried banyak kali tapi tak boleh. So, bawakla pembuka tin dengan sudu dalam kereta, try bukak dalam kereta. At last boleh haha. Rancangnya nak beli instax film dekat mana - mana kedai kamera using this money. But then terpikir nak masukkan duit ni dekat asb, tapi pergi beli baju raya.

Dalam kereta pulak, struggle gila nak kira duit - duit ni. I was so excited about seeing it. Sumpah rasa macam nak nangis je, betul ke aku simpan banyak ni. It took 1 years and few months nak penuhkan this box. Struggle gila saving, every week dapat duit dari parents, I will masukkan like 10% of received money. Usually, I will put in RM 10 ~ RM20 every month.

Macam mana boleh penuh cepat en? I kan receive the allowance, so I put some of it (usually tak pon hahahaha banyak shopping je), I buat business printing 1 sem dekat kawan - kawan suksis I. Tak buat bersungguh pon but every time diaorang bagi duit, I will put it in. Lagi, this sem I buat bisnes food hehe. I cooked fettucine carbonara and sold them to anyone yang order. Alhamdulillah bisnes tu berjaya dah and me and my partner bisnes dah stop dah buat due to busy weeks, nak final dah ni. At the same time, we sell burgers to students lain jugak, ambik order kat akak burger, she will send kat asrama, then jual balik dekat orang lain, delivery sampai bilik.


After siap counting, alhamdulillah sebanyak RM1,071.60 (including coins) telah berjaya saya simpan selama 1 tahun lebih. I am so proud of myself though. I did not think I could do it. Thanks to my parents who still give money for me to survive. Thank god for still giving me rezeki in any ways everyday. I am so grateful and insyallah I will not stop saving money again. 

At last, I decide to masukkan dalam ASNB with RM1K. I hope it will give benefits to me one day. To everyone who knows in detailed about ASB, please give me some thoughts about it. Comment down below okay? I will stop writing for now. I want to rest pulak, today was fun and banyak memories jadi tadi. Gratitude is a must hehe. Goodnight everyone.

May 28, 2019

I'm Sorry



I had an argument with my Mama. Mama perli me for getting up late and not making cookies earlier. Because of that, the cookies did not taste good as hers making last week. Papa and other siblings ate both of cookies, some said mine was better, mine was not good. I really did not mind about it, because I am not a good cooker actually. 

But what makes me sad is, the effort that I make during making cookies is like tak dihargai gila - gila. Mama dah buat adunan cookies after sahur, she and Papa dah kejutkan saya before nak pergi kerja, like terus buat cookies tu.

Unfortunately, I could not get up due to the medicine that I have taken after berbuka. The medication works as my sleep aid, last night I sleep kinda late as I wanted to talk Nizam more, so masa tidur saya akan drag sampai ke siang, as always since it is like sleeping pills. Mama was like salahkan saya for not being responsible towards the adunan cookie yang mama buat pagi tadi. I really made the cookies but later than I should have done at 10 am.


It was my fault, I admit it but why cannot I be appreciated after doing it all alone without any helpers, I mean, my sister did not help me. Mama was like apa yang aku buat tu semuanya macam tak bermakna untuk dia. I said, aku dah buat dah cookies tu cuma lambat, and Mama was like hating it because of it. I felt so bad until I cannot hear anything that Mama has said to me.


 I ran to my room because I cannot hold my tears any longer. I cried about 20 minutes I guess while talking to Nizam. Thanks to him for calming me down a bit and tried so hard to make me feel good even though he might feel distant with me. I appreciated his effort tho. I hope I have enough strength to face anything that makes my mind go worse. Amin.

May 27, 2019

I'm Back

This is like my best selfie for this year.

Assalamualaikum. Dah berapa tahun aku tinggalkan dunia blog ni. Dulu suka sangat try edit html and jadi blog yang cantik. Now rasanya nak tulis diari je setiap masa. It is good when you write down everything and you will feel lega gila after luah everything. I think I want to let Nizam (my beloved boyfriend) knows only. I will update my blog regularly and whenever I want to write something. I hope it will make me think positively after what I have written. Like during confessing session and after calming down session.

Apa yang membuatkan aku nak join balik juga is, Haqiem, he is a stranger that I know on Telegram. He wants me to find something that I love, which I think is writing a diary. I have a lot of diaries yang penuh dengan memories and pictures. I think it is time for me to reveal my "what is going on in my life" online and obviously in public. I want to be an influencer like someone yang boleh motivate orang lain even if I could not, I try my best to be one. I will try my best to be positive as much as I could do. 

To be honest, I have kept a lot of secrets from everyone and I know some of the people that I have known are knowing about it but they want to pretend that is not a big deal to them. Today and now on, I will start my life positively and write anything I want in an online diary, every day if it is possible. I will try my best to stay calm and be patient with anything that I will be going through. Even things will hurt me, I will try to hold on. I will write as much as I could and learn from my experiences.

So, this is the first post of a diary of me in University life. I will write everything in details for the next posts. I am Nabiha Aisyah who lives in Selangor but in Putrajaya region. I study at UiTM Jengka for 3 years in Diploma in Civil Engineering. This semester would be my last semester and insyallah I will be graduated on time. For the past few years, many things happened to me but I did not tell anything to anyone that I have been suffering. If I have enough time, I will write an entry about myself that I have been keeping from everyone, including my parents and family.

To end the post, I hope I will have a great journey ahead.

Dear Allah, please give me strength even if I could. Please ease my way to live my life without worries and doubts. Please give me chances to prove myself to everyone that I am really worth it.