![]() |
| Entrance before hiking |
Assalamualaikum, so hari ni saya nak bercerita tentang trip hiking saya beberapa hari yang lepas dengan kawan - kawan uitm jengka. Ni memang plan last minute punya cerita, rancang malam, esok gerak. Yang bestnya, dapat kawan baru jugak. Ni, mungkin my first entry for 2020, harapnya you guys can enjoy about this entry, I'll keep posting every significant memories. So, gambar kat atas, tempat masuk before hiking. So bila nampak ni, dah boleh siap - siap parking and tukar baju mandi.
So, perjalanan mula, member dari Shah Alam datang pickup saya dekat KTM Serdang, and then we go to Hulu Langat dalam pukul 8.30 cemtu. Perjalanan ambik masa dalam 1 jam cemtu then we waited for our other friends yang naik kereta lain. Kat situ dah ambik masa sikitla. Setelah sampai sana, korang akan nampak ada anak sungai jugak. Kat situ ada pondok - pondok untuk lepak semua. Before hiking, kitaorang dah siap - siap pakai pakaian nak mandi. Kat situ tandas ada 2 jenis, untuk buang air kecil and besar. Sebabkan kawasan hutan kan, so tandas takdela berapa bersih.
So, tempat tukar baju, dengan tempat air kecil, dia sekali, sebab jenis jirus je kat situ, ada 2 bilik air je, jadi menunggu lama kalau time datang banyak gila orang. Kalau boleh, datang sana, dah siap pakai pakaian nak mandi. Also pakai kasut sukan. Sebab kita pergi hiking, then baru jumpa waterfall. Also, kalau nak datang time weekend, kena datang lepas subuh sebab akan ramai orang dan pukul 9 pagi, dia dah tutup orang untuk masuk. Kalau datang weekdays, boleh je datang lewat, cuma kalau lambat, takut hujan, jadi track akan basah dan lebih bahaya.
Masa perjalanan berhiking kitaorang ambik masa 2 jam untuk sampai ke kawasan air terjun. Maklumla, kami bukannya fit sangat, jadi memang ambik masa. Track sepanjang ke atas, ada pelbagai jenis. Jadi before nak naik, kena sediakan diri, mental dan fizikal. Sebab perjalanan untuk naik ke atas dalam 5km jauhnya dan kena lalui pelbagai jenis track.
First type of track, akan lalu anak sungai kecil, jadi okayla nak tengok permandangan dan suasana kampung. Time ni memang dalam kawasan yang ada rumah, jadi dia macam kita berjalan - jalan area kampung untuk pergi ke kawasan dusun. Tapi memang ada beberapa dusun kat area tu.
Second type of track, kat situ macam tanah merah, and kalau datang awal pagi, keadaan tanah tu mungkin lembap jadi boleh kemungkinan kotorkan kasut korang, jadi pakailah kasut yang dah lama -lama ke. Pastu dekat area situ, jangan terkejut kalau nampak orang naik motor lalu kawasan track offroad. Haha, first time member bagitau, memang tak percaya, tapi bila dah nampak macam wow sikit.
Third type of track, kat situ kena panjat - panjat sebab dah start mendaki, time tu memang susah sikit sebab korang kena naik, ikut akar - akar kayu. Time ni, siapa yang lutut problem, make sure pakai knee guard or anything yang boleh support sebab agak mencabar untuk sesiapa yang kurang fit. Ada satu kawasan yang korang kena berpaut dengan tali sebab kawasan situ sangat curam dan agak berbahaya kalau tanah situ basah. Jadi sila berhati - hati di kawasan track macam ni.
Forth type of track, kat situ akan ada just jalan yang mendatar tapi agak lama jugak untuk kita berjalan. Sepanjang nak ke air terjun, jalan dia memang just nice, cuma ada beberapa jalan yang kena mendaki. Dekat sini, macam relax sikit untuk hiking sebab memang jalan straight and mendatar.
![]() |
| Puncak destinasi air terjun |
📍: Air Terjun Sg. Lopoh, Hulu Langat
⏰: Weekday (6:45pagi - 11pagi), Weekend (6.45pagi -9pagi)
💲: RM 5 (parking/car) + RM 1 (seorang)
👣: 5km dari entrance
💬: Pakai sportshoes and baju mandi siap, bawak 2-3 botol air mineral besar untuk standby sebab track sangat mencabar for beginners, tak payah bawak baju untuk tukar lepas mandi, sebab turun hiking, baju akan kering.
| Bahagian tingkat atas, kena panjat ikut batu - batu. |
Dekat sini, ada lagi tingkat atas air terjun, tapi kami sekawan tak nak ambik risiko untuk naik sampai atas tanpa orang petunjuk. Cumanya, dekat batu - batu area air terjun tu, boleh panjat, siapa yang berani nak main gelongsor, boleh je main. Tapi risiko takut jatuh atas batu and boleh patah tulang.
Air kat sini sangat bersih dan sejuk even dah tengahari, and kawasan mandi, tak begitu dalam, cuma paras bahu sahaja untuk perempuan. Tapi untuk bawak kanak - kanak, tidak digalakkan sebab arus sangat deras dan kawasan cetek untuk budak, sangat kurang, kecuali kalau pergi mandi dekat anak sungai area entrance.
Untuk sesiapa yang belum pernah pergi, ada anjing hutan yang akan ada untuk tunjukkan jalan sampai ke atas puncak, jadi jangan rasa takut sebab anjing tu sangat jinak. Tapi ada anjing yang liar juga, cuma dorang takde gigit or datang dekat dengan pelancong yang datang.
| Area air terjun secara wide lens |
Kawasan air terjun ni, sangat kecil untuk orang ramai, jadi kurangkan bawak barang yang berharga sebab kawasan batu - batu untuk letak barang pon tak begitu banyak jadi kena ada orang yang jaga sebab time weekend sangat ramai orang.
Jadi, untuk ini saja, entry pasal hiking di Air Terjun Sungai Lopoh, kalau ada persoalan tentang ke trip hiking ni, boleh komen dekat bawah dan saya akan cuba jawab persoalan. Semoga entry ni memberi manfaat kepada sesiapa yang berhajat nak pergi hiking dekat kawasan ni. So, selamat berhiking dan hati - hati semasa berhiking. Goodluck 😋😉💞
















